ia datang tiba-tiba

بسم الله الرحمن الرحيم

ohoi, kerajinan sejak dua tiga hari ni memang memberansangkan? kenapakah? mungkin terasa mahu bercakap banyak-banyak tapi tak tahu nak cakap kat sape ._. *pon boleyy!* 

pagi tadi, semasa memonton mhi, terdetik di hati mengenai kematian yang datang secara tiba-tiba. tak silap sorang pelajar yang menuntut di universiti Al - Azhar. sebelum kejadian berlaku, based on his friend said, dia tak ade menunjukkan sign apa-apa pun sebelum ajal menjemput. tapi itulah, bila nak dikatakan kedatangan ajal secara tiba-tiba teringat pula satu ayat dalam Al-quran ;

Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)

takut bila mengenangkan kematian, diri sendiri ataupun insan terdekat. bayangkan, bayangkan. kita neh insafnya kejap-kejap je. bila ade kematian atau kawan-kawan ade citer, baca kat surat khabar atau mana-mana, insaflah kejap.  Then bila mula hari baru balik, dah tak ingat dah. sebab tu la kene selalu berpesan-pesan antara kita. bila kita ingatkan orang secara tak lansung kita cakap kat diri sendiri hey, kau ingat mati sikit  *cam gitu la gayanya*

bila memikirkan rutin hidup yang berulang sama saban hari, semalam terdetik ketika mengelamun di petang hari. petang-petang mood jadi heavy siket, end up by listening some songs to cool down the environment. jadi bila mengelamun je kejenya, terdetik la kat hati *Selalu je terdetik cam gi neh*


saya tahu hidup kat alam ini tak lama, sekejap sahaja. tapi saya selalu tanya kat diri saya, kenapa saya tak sedia bekalan untuk hidup yang lebih lama di alam sana.. kenapa saya masih malas untuk menperbaiki diri ke arah yang lebih baik. kenapa saya tak belajar dan terus belajar sedangkan saya tahu, banyak benda yang saya tak tahu lagi. kenapa saya masih leka di depan laptop tv dan sebagainya? "

jawapannya, tanya  hati, tanya diri sendiri, what do you aiming for the rest of your life *pasang lagu for the rest of my life hihi*

okay, heavy sudah rasa.

semoga berjumpa lagi c:





Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas