Gulai ayam (style kampung)

بسم الله الرحمن الرحيم

saya tak tahu apa benda yang menyebabkan saya rajin buat entri banyak-banyak hari neh. tapi takpelah, bukan selalu kan c: harap tak bosan lewww ! hihi bila membelek entri-entri yang lepas, baru saya sedar kurangnye resepi yang di sharekan disini. jadi alang-alang dah terlajak hadirnya kesedaran dalam diri,  izinkan saya kongsi satu resepi gulai ayam turun temurun daripada mak saya.  resepi neh gulai ayam cara style kampung punyer. 

jadi tak guna nak bebel panjang-panjang, jom!

Bahan-Bahan
  • (Bawang merah, Bawang puting, Kunyit, Lengkuas, Halia)  Dikisar Halus
  • Rempah cap bunga rose (Rempah Masak, Rempah Mentah)
  • Santan ( Boleh ganti dengan susu cair)
  • Ayam ( Takde ayam boleh ganti ikan tongkol/ Aya *tapi jadi gulai ikan lai resepinya* hihi)
  • Secubit garam, Aji namoto
  • Asam gelugur
  • Lada giling/ Lumat
  • Gula melaka / nissang (kalo takde gula biasa pon boleyy!)
cara -cara buat

  1. Panaskan periuk atas dapur, biar kejap dan taruk minyak *sikit sudey jangan banyak-banyak*
  2. Tumis lada lumat dengan kisaran bawang and the geng. Biar kejap sampai semerbak bau dapur.
  3. Lupa plak. Masukkan rempah cap bunga rose itu. Biar ia sebati dengan geng bawang dan lada. lepas nampak macam da ok, masukkan asam gelugur dan gula melaka.
  4. Then, masukkan ayam dan tutup periuk denga tudung dia. biarkan dalam 10 minit bagi ayam itu masak bersama rempah.
  5. Bila nampak ayam tu dah macam nak masak, baru masukkan santan. Masukkan garam, ajin namoto secukup rasa.
  6. Biarkan gulai menggelegak, dan biar dia kering sikit kuah dan siap dihidang c:

sekian sahaja berita dari dapur. sehingga berjumpa lagi di resipi akan datang .

makanlah makanan yang berkhasiat dan silalah jaga kesihatan diri sendiri sebab takde orang nak tolong jaga melainkan diri sendiri ;)

*gambar takde, dan rase tak best pulak menampal gambar goole disini*

*sebarang pertanyaan boleh la hubungi saya. bagaimana? fikirlah sendiri* haha

Comments

Popular posts from this blog

Awkward