4 Ramadhan - 5 ramadhan
بسم الله الرحمن الرحيم
Salam 4 ramadhan. Pejam celik pejam celik, 4 ramadhan sudah menjelma tapi saya masih terasa berada pada 1 ramadhan. Nikmat masa yang di beri kepada semua manusia semua sama. Mana ade yang dapat 30 jam sehari. semua dapat 24 jam sehari. Apa yang menyebabkan perbezaan penggunanan masa adalah cara pengurusan masa seseorang. hm.
suddenly, hardly thinking how am i managed my time ._.
owh okay, leave it that thing first.
* stunning 10 minutes*
Memikirkan apa yang perlu saya tulis disini menyebabkan kebuntuan kuasa dua haha .Then, marilah bercerita tentang apa saja. Tadi ade berjalan-jalan di satu blog, review lumix GX-1, awesome sangat! dan kat situ ade beberapa pictures yang dia amek gune GX-1 memang terbaek lah. Bercerita pasal DSLR, saya lebih prefer guna brand Lumix dan berangan-angan nak beli Lumix GF 5 pada masa akan datang. Sekarang saya masih bersyukur menggunakan lumix DMC -F3 compact, yang awesomenye kualiti dia macam sama gunadengan DSLR cuma yang kurang dari segi setting manual yang kita guna dalam DSLR. Ape-ape pun, im still feel blessed with DMC-F3! *apela yang dimerapukan neh !*
kalau nak banding antara GX-1 dan GF 5, korang boleh google sendiri la ye!
Ada satu gajet yang saya nak beli kalau ada rezeki lebih, Samsung Ace! Even ada yang canggih-canggih dari tu macam Galaxy S III, note dan sebagainya, still Ace jugak setakat neh hihi. sebab? its moderate! itu je yang saya boleh simpulkan haha, motip! * Sebenarnya malas nak terang*
Pray for me that i can afford to buy that things c: kene berjimat betullah la kalau mahu beli itu GF 5 dan Samsung Ace. Tapi benda tu bukan priority lagi sekarang, kalau ada rezeki lebih baru fikir balik ye cik ziedya, jangan sesekali buat kerja gila okay! *orait!*
okay dah merapu-rapu pasal gajet. Marilah kembali ke pangkal tajuk entri ini, 4 Ramadhan. Selama berpuasa nih, saya lebih prefer masak je. Tapi kalau sekali sekala beli tu boleh la beli tapi tak prefer mana. entahlah, merasa sedikit was-was terhadap kebersihan sewaktu menyediakan makanan. kalau kita yang masak, kita tahulah macam mana kan, cuci bahan betul-betul bukan main celop-celop je *sila bersangka baik cik ziedya!yosh!*
4 ramadhan, saya masih di beri kesempatan untuk merasa nikmat itu. Terima Kasih Ya Allah.
4 ramadhan, saya masih di beri kesempatan untuk merasa nikmat itu. Terima Kasih Ya Allah.
* * *
5 ramadhan. cepatkan masa berlalu sampai entri pon bole buat double cam neh ._.
Tadi saya ada berjalan-jalan di satu blog seorang doktar. First baca memang sangat terxentuh hokay, walaupun penulisan dia macam plain siket tapi ajaibnya benda yang dia tulis tu macam meresap masuk dalam hati. Seronoknya doktar ini bercerita tentang kehidupan dia, apa yang berlaku satu hari tu, melimpah ruah idea. Jadi dalam masa yang sama, saya tertanya-tanya macam mana dia boleh tulis dan bercerita tentang kehidupan seharian? bagaimana pulak penulis novel mendapat ilham menulis dengan begitu panjang? ajaib bukan? tiada apa yang mustahil jika Allah bagi izin c:
persoalan mula timbul bukan apa sebenarnya. Saya teruja melihat orang lain bercerita berkongsi apa yang berlaku dalam kehidupan mereka kepada orang lain. Bila saya baca, saya realized bukan saya je yang yang pernah rasa kosong, sedih berhari-hari. Kat luar sana, ada juga yang mengalami nasib yang sama seperti saya. Cuma saya je yang tak tahu. Its kind of given some motivational for spritual uplift, thank for that blogger!
Saya masih membaca lagi blog ini, nak baca sampai habis hehe c:
Sticky note 1 : Tampalan gigi makin kuat dan saya semakin boleh merasai kepulihannya. Sila bertahan gigi geraham, u can do it!
Sticky note 2 : Tak sabar mahu balik rumah! Merindui terawikh bersama keluarga.
Comments
Post a Comment