Posts

Showing posts from November, 2015

Mati

Image
Tiba tiba rasa sukar bernafas lepas makan spageti tadi. Sakit menyusuk. Jantung atau hati? Tak tahu. Yang pasti sakit tak hilang. Tuhan, seandainya ini sebab musabab atas dosa yang aku lakukan, ampunilah hambaMu ini. Seandainya mati itu lebih baik untuk aku, redhalah aku dengan ketentuanMu. Fikiran menerawang. Takutnya kalau tiba tiba dipanggil pulang, diri masih buat dosa. Takutnya. Mati itu pasti. Ya Tuhan matikan kami dalam keadaan beriman. Mak ayah, kita sayang mak ayah. Moga dipertemukan nanti di akhirat sana.

Argument

Image
Aku bukan jenis suka berdebat bergaduh dan sewaktu dengannya. Im not a sweet talker either. Aku lagi prefer tulis taip dari cakap. Emosi tak nampak. Sebab dalam perdebatan yang mengikut emosi, aku akan kalah. Bukan kalah sebab aku tak lawan balik. Tapi kalah sebab aku tak suka naikkan suara dan keluarkan apa yang aku rasa. Lagi lagi bila badan dah menggigil marah dan akhirnya air mata sahaja yang bercerita segala. Kau akan tahu teruknya bila air mata tak berhenti buat satu ketika. Aku jarang begini. Jarang nak menangis sana sini. Ini sebab dah lama aku sabar, aku adaptasi dengan persekitaran semasa. Silapnya perlakuan kau yang tak bertoleransi dan kerjakerja aku bergunang ganang telah menyebabkan aku hilang kawalan. Rekod dalam sejarah november, kali pertama aku nangis seteruk ni sepanjang aku kerja di projek ni. Officemates yang kerja lama dengan aku pun terkejut tengok aku camni. Jangan cakap dorang, aku pun terkejut dengan diri sendiri. Tahniah. Rasa bersalah? Terkejut sebab ak

Dulu dulu

Image
Dulu dulu, masa dekat universiti aku selalu fikir apelah nak fikir pasal kerja kat rumah, tak yah fikir, stop fikir  semua benda. Oh, senangnya pemikiran. Simple counter. Tapi realitinya bukan begitu. Tak mudah untuk hentikan fikiran dari fikir. Its not under control. Kawalan musnah. Lagilagi dua minggu ni. Im not being my self. Lepas satu satu datang. Inilah kita kata dugaan hidup ye dak? Bertahan dan bersabarlah ziedya!

Tigapuluhenam

Image
36 : Tiada siapa yang mampu menolak diri sendiri jika kita sebenarnya yang beku/tak nak bergerak. Setiap hari adalah permulaan baru walaupun ia telah terhenti semalam.

Depression

Image
Well said.

Tigapuluh lima

Image
Pejam mata Lihatlah dunia Dari sisi sang buta Semoga ketemu sinar cahaya

Mengapa hidup terasa kosong?

Image
Aku ada sorang kawan. Cara dia unik bila nak google information. Nak tahu camne cara dia google? Contoh mengapakah air laut kelihatan biru dari jauh sedangkan air tidak mempunyai warna? Haha unik tau cara dia tanya pak cik google. Mesti pening browser nak cari keypoint. Anyway point aku sebenarnya ialah cara bertanya. Dan aku harap mungkin manusia diluar sana kiranya ada yang google refer kepada tajuk update ni mengapa hidup terasa kosong, boleh dapat tips sikit sebanyak berdasarkan pengalaman sendiri. Hidup terasa kosong bila kau dan aku tak isinya dengan rasa hidup bertuhan. Ye. Sebenarnya kau jauh dengan pencipta. Lihat balik hubungan diri sendiri macam mana. Solat kita macam mana. Solat ye solat. Sempurnakah solat kita. Bila aku lihat balik hidup aku. Most the time bila aku lost, bila aku tak jaga solat. Solat pun pertengahan waktu. Masa solat pun tak tahu diri hilang ke mana. Baca al quran tok sah nak cakap lah. 3 hari baru mengaji sekali. Dan bila aku dah jadi macam ni, Allah