Posts

Showing posts from May, 2015

Lapanbelas

Image
Hari ke tiga Lucunya Kerana rasa itu telah tiada Lihat! Telah aku katakan padamu Kau mampu lakukannya Ikut hati mati Ikut rasa binasa Stay strong to the other half!

Tujuhbelas

Image
Kawan yang aku sayang Kadang kadang aku tertanya tanya Persahabatan kita adakah sekadar atas nama Mengapa kini sebegini rupa Rindu aku coletehmu yang dahulu Girang bicara ceria selalu Tapi kini bercakap hanya perlu Senyum pun bukan selalu Puncanya adakah aku? Bila segalanya kaku Sedih Tuhan saja yang tahu

Enambelas

Image
Mulut Aku mohon pada kau Untuk diam seketika Sudahlah merungut tak tentu hala Pada sesuatu yang kau pandai cakap saja Kau tak kan kemana Jika modal yang sama Yang kau jaja sampai akhirnya Berubahlah!

Limabelas

Image
Hari kedua Mungkin rasa ini akan biasa Pada satu alasan yang telah nyata Cukup buat menghalang rasa gila Dan kau tak kan tahu apa apa Bila ia hilang tanpa berita Ah kamon! Kau dah cukup dewasa untuk ini semua!

No caption

Image
Waktu menunjukkan tepat jam 1156 malam. Sedar tak sedar hari ni dah 22 Mei. 4 minit lagi masuk 23 Mei. Tertanya tanya juga kenapa aku masih hidup di depan tv ketika orang lain sedang mati seketika. Dan yang takleh tahannya ada hati tengok bola tv 9, liverpool lawan CPA. CPA pun aku tak tahu pasukan apa hahaha. Geng lepak depan tv hari ni semua ada hal. Tinggal aku sorang sorang je. Mengikut permikiran dan rasa, teringin nak pergi lari lari tengok bintang bintang kelip kelip ditempat yang takde orang. Apakan daya tempat itu tiada disini. Takpelah. Jadi aku buat keputusan kemas rumah, dapur dan siap basuh baju tu. Drastik betul tujuan dia lari. Dua tiga hari ni banyak benda berlaku kat aku. Banyak benda aku nak share. Tapi apakan daya jari jemari aku tak nak bekerjasama haha. Disebabkan malam ni malam weekend aku paksa jugak dia untuk menulis. Okay. Okay. fine. Ye ye excuse je haha. Sebenarnya takde orang nak lepak nak borak, jadi dengan blog pun boleh laaa. Aku kiranya nak start prog

Perempuan

Image
Aku nak share sikit pasal personaliti yang setakat ni aku observe. What I mean is menjurus ke complicatednya seorang perempuan. Kalau aku rajin dan banyak idea lagi, aku share lagi berdasarkan apa yang aku lihat dan pengalaman hidup, cewah haha. Satu benda yang aku kagum dengan perempuan walaupun aku ni perempuan ialah air mata. Perempuan nangis ada banyak jenis. Ada jenis sikit sikit nangis, sikit sikit nangis. Tengok citer nangis. Stress nangis. Gembira nangis. Semua benda la. Jenis macam ni hati dia lembut dan tak payah risau sangat kalau jenis macam ni nangis. Kalau jenis macam ni nangis maksudnya semua okay dengan syarat pujuklah bro! Mula mula kau nak adapt dengan jenis ni amek masa jugak lagi lagi jenis personaliti yang opposite. Itu yang jenis reti nak adapt. Yang jenis takleh terima terus, aku nasihatkan jauhilah dari jenis macam ni haha. Jenis yang perlu korang jaga jaga ialah jenis yang jarang nangis dan nangis sorok sorok. Biasanya, big event je la nampak dia nangis. Jen

Empatbelas

Image
Kecewa Rasa yang tak kekal lama Kau akan pulih semula Dengan hendakNya Jatuh kau kali ini Bukan dalam mana Nak kau bisingkan sini sana Jadi, layankan saja Rawat luka Bangun semula Satu je yang aku pinta Jangan putus asa. Boleh?

Instagram

Image
1. One of the things that I totally into it is the photography. Most of the pictures taken was share on my instagram. 2. Yesterday I decided to delete it out of blue. There are 314 pictures with the captions from past memories. 3. What is the reasons? I spent too much time on it. 4. I will be more active on blogging. Perhaps a post per day? 5. Regret? No! May Allah bless.

Kenapakah?

Image
Disebabkan aku rasa mood down tahap cap kopi kapal layar api, maka terciptalah post pertama untuk bulan mei *clap clap* Aku percaya yang setiap manusia ni ada perangai dia masing masing. Dari jenis yang simple mid dan complicated semua dah pernah jumpa. Aku tak kisah perangai macam mana pun, asalkan tak melanggar syariah. Setiap manusia ada variasi kecantikan personaliti yang  Allah tetapkan. Siapa aku untuk menyatakan "tidak" pada Pencipta kita, kan? *oh mood serius dah keluar* Dan benda yang paling susah and to be truth, untuk menentukan genre/aliran peribadi diri sendiri. Lebih lebih lagi untuk menyesuaikan diri dengan semua perwatakan. Keadaan yang paling akward bila kau rase dah boleh adapt dengan sesuatu, tiba tiba kau kene mula balik dari kedudukan sifar. Dan rasa down to the earth bila kau cuba meneutralkan keasidan/kealkalian sesuatu, semuanya tak ada function apa apa. Oh I is sad. I dont want to go through the same pain again. Ever again.