SILA bersyukur

sila bersyukur
tika diri mu pulang dari memancing ikan
kau masih mempunyai hala tuju pulang ke rumah
kau masih mempunyai rumah
hasil penat lelah ayah dan ibumu
bertungkus lumus setelah beberapa puluh tahun
bersyukurlah
ramai di luar sana masih merangkak-rangkak mencari rumah
yang hancur di bom sana sini

sila bersyukur
tika dirimu sampai ke rumah
maghrib mula memanggil diri
" Marilah solat"
"Marilah Menuju kejayaan"
Alhamdulillah aku masih diberi kesempatan untuk sampai ke rumah
tika di luar sana
laungan azan sama tinggi dengan suara hinggar binggar
berbicara tentang itu ini


silalah bersyukur
tika kau melangkah untuk membersihkan diri
menyahut paggilan ilahi
ibumu pula bising di dapur
"Asar dah sembahyang ke belum?"
nada tinggi menusuk di hati
" saya sudah sembahyang ibu, dalam hutan, sembahyang beriman dengan kawan-kawan tadi"
namun hanya bisikan lembut dalam hati
terkeluar di mulut menbakar seperti api

Duhai anak
bersyukurlah
masih ada yang cakna tentang agamamu
masih yang kisah akan syurga nerakamu
sedangkan di luar sana
berapa ramai ibu ayah yang kisah akan solat anak mereka?

jangan wahai anak
tinggikan suara kepada mereka
walaupun hati mu terluka bagai di tusuk duri
jawablah dengan lembut
penuh berhikmah
jangan kau turut sama terbakar dalam api itu

Comments

Popular posts from this blog

hihi

Awkward