tugas sebagai anak, mengertikah dikau?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha penyayang
Assalamualaikum

8.48 malam

masih dihadapan laptop, mengisi kerja-kerja secara online. meggunakan nikmat internet seefisien yang mungkin sebelum ditarik balik. melihat keadaan disekeliling tanpa disengaja menerbitkan rasa marah, nauzubillah. cepatnya rasa marah timbul, moga dijauhkan insyaAllah.

bila bersendirian, pelbagai persoalan timbul. memikirkan apa? memikirkan tingkah laku manusia disekeliling. hingga menbuat saya rasa pelik, mengapa ada manusia yang sanggup melukai hati ibu bapa. sedangkan bukankah kita dilahirkan  disebabkan mereka dengan izin Allah semestinya.

mereka melahirkan kita, menberi kita makan pakaian, bagi didikan persekolahan, didikan agama tapi kita masih menbuat perkara yang melukakan hati mereka.  malah menggadaikan harta emas kesemuanya demi untuk menyara pengajian kita. mengapa? tidak cukupah segala yang diberi?

lagi menyemarakkan bahang di dada bila ada segelintir manusia yang menjadikan rumah sebagai hotel.  bangunnya dari tidur hanya tahu untuk makan bersihkan diri dan masuk kebilik buat hal masing-masing. sekurang-kurangnya sebagai seorang anak, lelaki mahupun perempuan, jika anda tidak mampu menolong mak ayah dari segi kewangan, ringan-ringankanlah bebanan mak ayah dengan melakukan kerja rumah. ringan-ringankan mulut anda untuk berbicara dengan mak ayah anda, bagi sesiapa yang belajar jauh dari rumah.

benda basic dan perlukan usaha untuk lakukan. jika masih lagi sama dan tidak mahu berubah satu saja yang mampu saya pesan : anda juga akan merasainya! rasa apa yang mak ayah anda rasa. rasa yang anda akan tahu bila anda menjadi seorang ibu atau bapa :)

masih ada peluang untuk semua itu kerana semuanya terletak tangan anda :)
semoga apa yang dilakukan untuk ibu bapa kita mendapat keredhaan Allah

setakat ini sahaja. saya kene tido awal. mak ayah saya suruh tido awal :)


Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas