Wahai diri belajarlah untuk redha!

Dalam hidup memang banyak benda yang kita perlu ajar diri untuk redha. Jerit dalam hati kuat kuat, wahai diri redhalah dengan ketentuan ilahi. Sampai rasa neutral balik. Sila buat untuk benda benda yang menyakitkan kau, menyedihkan kau dan sebagainya. Tak membantu sangat tapi kau akan rasa lega. Sikit.

Kadang kadang sampai satu tahap kau mula akan tertanya tanya kenapa aku je yang rasa sakit. Kenapa aku je yang rasa tak suka tapi semua orang suka. Normal la tu. Ujian untuk jadikan kau lebih kuat, lebih bertaqwa dan beriman. Dalam keadaan kelam kabut kau tak kan sedar. Cuba bertenang dan reflect. Allah tak kan bagi ujian ni kalau kau tak mampu nak tanggung. Pencipta kita dah bagitahu siap siap dah. Maksudnya kau mampu! Kau boleh buat! Ok! Jadi jangan sedih sangat, marah sangat, stress sangat. Semua akan baik baik saja.

Senyum c:

Comments

Popular posts from this blog

hihi