End of year 2015

Rasa macam lama tak menulis kat sini. Idea ada tapi malas nak type. Semuanya laju keluar dalam fikiran saja. Rangka draft dan burn begitu saja. Sebab malas nak type. Nak guna application yang convert apa yang kita cakap pada text, awkward pulak.

Bila baca balik apa yang di post sebelum sebelum ni, i wonder how much i have change recent passed years. Maaf juga, rasa macam penulisan jadi sastera, cold, ayat pun semua jadi pendek pendek. Rasa macam emotionless jugak bila baca baca. Tak tahu juga kenapa jadi macam ni. Abaikan 😅.

Apa apa pun, masih berusaha untuk membahagiakan diri sendiri hari hari. Bukan rasa bahagia itu tiada; ia lebih ke arah attachment kepada manusia, situasi, dan sebagainya. Ya, ia sukar sebab diri sendiri adalah sejenis makhluk yang dipanggil manusia. Bukan mustahil tapi perlu ke arah usaha untuk mencapainya. Dan semestinya dengan izin Allah yang Esa.

Tahun 2016 menjelma. Bakal kehilangan a few bestfriends. Semuanya bakal jadi puan puan sudah. Biasanya perempuan lepas dah kahwin dunia hidup hanya around suami. Nak contact hangout, wassap panjang panjang dah tak boleh macam time single. Anyway aku ucapkan selamat selamat selamat semuanya. Selamat naik level juga. Terima kasih kerana mewarnai dunia aku dengan pensil warna luna, swarn, crayon dan sebagainya.

Aku pulak? Nanti nantilah jika Allah bagi aku masa, dan rahmatNya 2016 ni, aku fikir fikirkan.

Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas