Perempuan
Aku nak share sikit pasal personaliti yang setakat ni aku observe. What I mean is menjurus ke complicatednya seorang perempuan. Kalau aku rajin dan banyak idea lagi, aku share lagi berdasarkan apa yang aku lihat dan pengalaman hidup, cewah haha.
Satu benda yang aku kagum dengan perempuan walaupun aku ni perempuan ialah air mata.
Perempuan nangis ada banyak jenis. Ada jenis sikit sikit nangis, sikit sikit nangis. Tengok citer nangis. Stress nangis. Gembira nangis. Semua benda la. Jenis macam ni hati dia lembut dan tak payah risau sangat kalau jenis macam ni nangis. Kalau jenis macam ni nangis maksudnya semua okay dengan syarat pujuklah bro! Mula mula kau nak adapt dengan jenis ni amek masa jugak lagi lagi jenis personaliti yang opposite. Itu yang jenis reti nak adapt. Yang jenis takleh terima terus, aku nasihatkan jauhilah dari jenis macam ni haha.
Jenis yang perlu korang jaga jaga ialah jenis yang jarang nangis dan nangis sorok sorok. Biasanya, big event je la nampak dia nangis. Jenis macam ni lepas dia nangis dia akan jadi lebih kuat, cold dan tak de perasaan. Kagum sebentar. Jenis macam ni aku memang kagum habis. Sebab nampak spark spark kekuatan nak bangkit balik dari benda yang dia lalui.
Stay strong girls!
Comments
Post a Comment