Neutral PH 7

Pernah guna kertas litmus? Kertas yang boleh tahu samaada sesuatu benda alkali ataupun asid. Yang paling best neutral. Kertas litmus dikenali dengan nama kertas PH. Masa tingkatan, matrik dulu selalu guna. Tentukan nilai asid dan alkali. Tahap kertas ini di ukur dengan nilai 1 sehingga 14. Tahap 7 paling neutral.

Asid di ukur dari tahap 1 hingga 6.99. Makin kecil nilai asid, makin tinggi tahap keasidannya. Berbeza pula dengan alkali. Tahapny diukur dari 7.1 hingga 14. Makin tinggi nilai yang diberi makin beralkali. Persamaan antara asid dan alkali bila di tahap yang maksimun, kedua-duannya bersifat menghakis.

Bagusnya bila di tahap neutral. Bila dilempar dengan asid dan alkali, sedikit sahaja mengalami perubahannya. Tidak terlalu ekstrem orang kata. Hidup kalau tak mengalami sebarang perubahan memang tak sah. Mana ada hidup akan neutral saja.

hai awak!


Mengajar diri untuk menjadi neutral bukan mudah. Kerana diri yang dulunya berasid diubah ke alkali dan sekarang cuba mengajar diri menjadi neutral. Bukan mudah namun tak mustahil. Cuba juga mengajar diri untuk menghormati pendapat orang lain. Cuba memasukkan diri dalam masalah orang lain. Walaupun mungkin gaak sukar, namun cuba.

Peliknya kita ini, mahu mendapatkan hormat orang lain daripada segala aspek, namun jika kita lihat dari sudut lain, diri sendiri tak pernah cuba untuk menghormati orang lain.  Kita nak orang faham masalah kita tapi kita tak pernah nak faham, orang lain pun ada kesukaran masing-masing. Yang kita tahu hanya memukul gendang bertalu-talu. Tanpa memikirkan orang lain mungkin tidak senang dengan tindak-tanduk kita.


Saya bukan maksudkan apa yang  kita tak puas hati kita pendam sampai jadi stress. Ada caranya dan berpada-pada. Terangkan secara berhemah dan kawal emosi. Barulah kedua-dua pihak senang berbincang bagaimana mahu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Ini tidak. Bila tak suka, terus tinggikan suara. kawan jangan begitu.

Saya cuba untuk hormati semua orang.  Sebab saya tahu jka kita nak orang hormat kita, kita kene buat macam tu duku.  Jom kawan, tanamkan sifat dalam diri untuk menghormati orang.

Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas