life?
Jika ditanya
tentang makna kehidupan sesungguhnya aku kelu untuk menjawabnya. A simple
question but has a thousand random thought to think about it. Apa sebenarnya
makna kita hidup neh? Ulang seribu kali dalam minda dan saban malam asyik
berfikir soalan yang sama.
Jika hidup sekarang
ini seperti tiada arah tujuan, maka perhatikanlah semula apa yang kita buat
dalam kehidupan seharian. Hidup mula terasa kosong bila diuji dengan sedikit
ujian. Kawan, janganlah begitu. Binalah kekuatan daripada dalam. Kekuatan atas
kepercayaan kepada Allah. Bukankah ujian itu tandanya Allah sayangkan kita? Jangan
risau, apa yang telah ditetapkan untuk kita, pasti akan jadi milik kita.
Hidup.
Perumpamaanya
seperti biji benih. Membesar menjadi pokok yang matang. Dan akhirnya di hujung
usia, mati. Sepanjang hidupnya membekalkan oksigen pada hidupan bernyawa,
sumber makanan bagi manusia dan haiwan, tadahan air hujan dan sebagainya.
Alangkah berjasanya pokok ini! Tidak dianugerahkan akal dan fikiran namun
jasanya tetap ke arah kebaikan.
Lalu, kita
bagaimana?
Kita di anugerahkan
akal dan fikiran. Satu anugerah yang membezakan kita dari hidupan yang lain.
Apa yang telah kita sumbangkan? Apa yang telah kita lakukan untuk membangunkan
generasi kita? Sudahkah kita menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran?
Wahai!
MAKNA
KEHIDUPAN
Mengetahui makna
hidup, pertamanya perkara yang perlu ditanya kepada diri sendiri. Apa makna
kita dicipta? Dihidupkan di dunia yang sekejap ini?
“Dan Aku tidak
menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz
Dzaariyaat:56)
Dan
tanyalah pada diri, kenapa selepas kehidupan ada kematian?
”(ALLAH)
yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu
yang lebih baik amalnya, dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (Al Mulk 67 : 2)
Dan
kenapa ada ujian?
“dan
sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan,
kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan, dan berikanlah berita gembira kepada
orang-orang yang sabar, (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah,
mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun”.” (Al Baqarah 2:155-156)
“Tiap-tiap
yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya) dan hanya kepada Kami-lah kamu
dikembalikan.“ (Al
Anbiyaa 21:35)
Dan
pesanlah pada diri setiap hari
Allah berfirman, “Hai kaumku, sesungguhnya kehidupan dunia ini
hanyalah kesenangan (sementara) dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang
kekal.“ (Al
Mu’min 40:39)
“dijadikan indah pada (pandangan) manusia
kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta
yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan
sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat
kembali yang baik (surga).“(Ali
‘Imran 3:14)
“dan
sesungguhnya hari kemudian (akhirat) itu lebih baik bagimu daripada yang
sekarang (permulaan).”(Adh
Dhuha 93:4)
Jadi, buatlah apa sahaja yang
dirasakan boleh memaknakan kehidupan. Buatlah apa sahaja yang boleh
membahagiakan orang lain dan diri sendiri. Bila sudah rasa penat berlari,
rehat, dan teruskan berlari. Kerana perlumbaan ini penamatnya bila kita sudah
dipanggil olehNya.
stay cool bro! |
Comments
Post a Comment