kenapa disini?


7 march 2013
10.25 PM

hari-hari menjenguk disini, dan kembali juga disini. mengarang itu ini,dan akhirnya saya save as draft saja. lepas publish bace balek, revert to draft balek. sort of problem betulla haha. Lupa pulak, Salam jumaat readers sekalian, penghulu segala hari, hari yang penuh rahmat dan berkat.

Saya masih merasa kewujudan saya di sini saje, maybe disebabkan di laman web yang laen saya hanya memerhati, mengumpul data dan sebagainya.

kenapa di sini? suka saya mengimbas kembali, pada permulaan saya menulis secara moden di blog. Rasanye pada tahun 2009 saya buat satu blog neh, tapi sayangnye saya dah hapuskan  blog itu di laman ini. kemudian saya tukar beberapa url dan akhirnya hanya ini yang masih mampu bertahan setakat ini, insyaAllah. Saya suka menulis. Menulis tentang apa-apa sahaja. Bila saya baca balek, benda yang saya tulis, catatan tahun lepas, secara tak lansung rasa satu perasaan yang sukar untuk diterjemahkan. Melihat cara penulisan dulu dan kini, saya rasa banyak perubahan. adakah saya semakin matang?^^

well, itu sudah pasti. tahun demi tahun berganti, kita juga melangkah ke depan seiring dengan peningkatan umur ye dak? merasa juga perubahan diri. sebab dulu rasenye sengal-sengal selalu. sekarang sengal-sengal jugak tapi takdela sekronik waktu dulu ^^. Dulu juga, banyak jugak benda yang tak boleh terima. itu tak kena, ini tak kena. tapi sekarang sudah boleh menerima walaupun bukan 100%, dengan persepsi kita adalah makhluk Allah yang tak kan sempurna. Kita lemah, hanya dengan pertolongan dan kasih sayang Allah, menampakkan kita mungkin hebat, bertuah di mata manusia.

Belajar dari kesilapan, perbaiki diri, bina personaliti yang positif.

Allah akan menguji kita, setiap saat setiap detik. Tapi kita yang tak sedar.

ramai yang tahu, tapi tak sedar.

Semoga dipermudahkan segala urusan duni dan akhirat :)

Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas