its january people

salam readers ^^

terasa lame tak hapdate almaklumlah malas nak menaip. Hanya menaip di handset saje once a week maybe, tapi just keep it safe there la haha

sekarang takde benda banyak yang berubah, sume saje je. Cuma agak penat sikit tapi yang peliknye tidur kul 12 jugak hari-hari. kalo dulu le keje kat office, balik kul 10 dah lena hehe tapi setakat neh masih okay lagi,  cume bile sudah tepu sangat pergi la berjalan ke mana sahaja tanpa di rancang, fuh best jugak buat benda spontan je, adventure rase. memandangkan kawan-kawan sekeliling yang sempoi dan sekepala, jadi merantau la ke mana tempat yang terasa nak pergi

sedar tak sedar 2 hari lagi genap sebulan saya berada di kota metropolitan neh. kota yang penuh sesak dengan berbagai panorama manusia yang memang tak kan jumpa la di tempat saya, tempat saya kampung jek, takdelah se gah kota metropolitan neh. kadang-kadang saya tersenyum sendirian tengok aksi manusia pelbagai ragam. dan kadang-kadang rasa macam  lebih prefer untuk hidup di negeri sendiri,hihi

tapi beginilah nasib anak rantauan. saya memilih untuk mencari rezeki di sini. dan sekiranya di masa depan yang belum tentu saya akan hidup lagi, Allah kurniakan rezeki saya di terengganu, saya akan balik dan menetap di sana, tapi buat masa sekarang marilah menghargai kehidupan disini dengan penuh kesyukuran bila masih diberi peluang bernafas disaat bagun dari tidur^^

sekarang, waktu yang paling saya rasa sangat bersemangat ialah bila pergi kerja *tipu sila percaya positif positif hokay

Masih  cuba menyemangatkan diri dipagi hari untuk pergi kerja dan bersemangat ketika balik kerja *takde kene mengena okay!

Bulan neh kalau diizinkana akan mendaki lagi ^^ kalau diizinkan kesihatan di waktu itu. Jika sihat pergi, jika tidak sihat nanti fikir balik hihi tapi excitednye nak pergi memang excited, Tapi orang kate excited2 neh nanti tak jadi, jadi jangan excited dulu haha

okay la, nak tido,mak cik dah bising bebel suruh tido. malas nak baca previe, kalo ade typo, ayat tunggang terbalik pandai-pandaila faham sendirik haha

daa--

Assalamualaikum dan selamat pagi


Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas