7-8-9 Ramadhan * syawal suday ._.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam 9 Ramahan readers. Selamat datang ke fasa ke dua bulan Ramadhan dan beberapa hari selamat datang bulan ogos.  Ada 4 bulan  lagi sebelum tahun 2013 menjelma, time is running out! 

Rutin harian seperti biasa. Bangun pagi sahur alhamdulillah, walaupun tak mahu bangun akhirnya bangun jugak. Setakat hari ni, sekali sahaja makan nasi waktu sahur, tu pun sebab kak aini rajin masak nasi pagi-pagi. hihi, kalau ikut saya, nestum dan roti je la peneman setia. kalau kat rumah pulak kompem-kompem sahur makan nasi, tapi kat sini takpelah, simple sahaja *cakap je lah malas nak masak kan, hehe*. Dekat rumah lain, sebab ade ramai orang, bila ade ramai orang barulah selera nak makan nasi, kalau setakat 2,3 orang, roti dan nestum pon dah kenyang. Selepas makan sahur, diwajibkan untuk minum air masak 1 gelas. teringat pulak saya, masa zaman kecik-kecik dulu, mak selalu pesan lepas waktu sahur even time tu dah minum bergelas-gelas air manis, dia suruh jugak minum air masak. Dan sekarang secara automatik akan minum air masak selepas sahur, terima kasih Mak! 

Selepas sahur, bergantung pada keadaan, kadang-kadang tidur sekejap ; mandi ; solat ; mengaji. kalau time tu tak iron baju, masa tu lah kelam kabut nak pergi iron baju. selepas itu, biasanya saya lah yang akan bukak tv bagi riang sikit suasana rumah, kalau tak memang sunyi je , semua fokus buat hal masing-masing. sangat bagus sebenarnya bukak tv pagi-pagi *ecece*, tapi kene tengok channel jugaklah. pilihlah channel yang boleh bagi motivasi, biasanya saya bukak tv 3, tv 9 dan tv al hijrah. Habis je segmen motivasi, saya tengok rancangan malaysia hari ni. Time ini la dengar banyak info yang berlaku kat malaysia dunia dan sebagainya *dengar boleh, tapi nak percaya, buat kajian dulu hokay!*. Dan memandangkan saya ni jenis yang "rajin" nak baca surat khabar,  jadi saya rasa ada bagus jugak lah saya tengok malaysia hari ini *alasan*.

Lepas tu bermula rutin harian ke sana kemari, ke sana kemari sampai lah ke petang. Sejurus balik, solat mandi semua dan terus ke dapur masak untuk berbuka *masak-masak bergantung pada kerajinan, tempat dan barang*. Lepas dah masak-masak, then berbuka depan tv sambil tengok de javu or whateva cerita. Makan-makan then solat solat solat, then tido.

Dan alkisahnye entry terbengkalai ini disambung balik pada 7 shawal ohoi!

selamat hari raya, maaf zahir batin people!

Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas