Sabah day 1

Saja nak share gambar pergi sabah hari tu. Secara overall ok la. Not bad. Boleh ambil iktibar untuk the next trip.

Lets begin.

                       

Menjejak kaki di kl sentral pada pukul 10.30 malam. Kami tiba dengan muka blurnya mencari stesen bus untuk ke klia 2. Pusing keliling satu klsentral cari tak jumpa. Lepas tanya orang sana sini bajet ala ala foreigner negara sendiri akhirnya. Jumpa. Alhamdulillah. Kami pilih untuk pergi dengan bas untuk travel kos rendah. Kira kira harga pergi dengan bas lagi 3 kali ganda lebih murah dari naik keretaapi laju. Tiket bas dalam RM 11.

Nak cari lokasi stesen bas ni senang la sangat. Cari je marry brown n then kat tepi tu ada tangga eskalator turun ke bawah. Ikut je arah tu dan tadaaaa jumpa stesen bas.



Antara bebanan yang bakal dibawa. Nak senang bawak beg galas. Bawak beg roda takde rasa feel travel heeyyy.


Kalau nak flight pagi, akan berpeluang tengok view ni. Subhanallah. Maha suci Tuhan. Time ni semenanjung masih jerebu jadi bila dapat tengok labgit biru terik mentari feeling dia sampai rasa nak nangis. Hahaha.


 Sampai kk terus ke hotel j&j and tinggal barang kat sana. Schedule agak pack sebab perjalanan seterusnya akan ke pulau pulau sekitar yang sangat cantik. Kami pada mulanya nak pergi jesselton loint. Tapi on the way pergi sana, ada orang offer pakej ke pulau. Nampak macam orang sini. Nama dia ting ting. Tak tahu kenapa kitaorg follow je. Hahaha. Kalau fikirfikir bahaya juga. So pakej yang dia offer lagi jimat berbanding ambil pakej kat jeselton point. Siap jadi tour guide kami lagi tu. Terima kasih ting ting. 



Warna air di pulau manukan.

Jeti pulau manukan. Facilities ok. Tandas surau ada.


One of thrilling moment in my life. Serious aku takut hahaha. Tapi try juga. Alhamdulillah selamat pulang lagi. Ok. Nak bagitahu dapat pakej murah RM 60 dari harga asal RM100++. Sebab ting ting tolong deal bagi harga murah. Dan satu lagi kitaorg ni nampak macam student lagi. Hahaha.


Lepas bersunburn di pulau itu, jadi berangkatlah kembali ke daratan. Jalan jalan cari makan pulokk!


End of day 1.

Bersambung sabah part 2. Kalau rajin la. Hahaha.

Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas