Perubahan
Cuaca kini mengalami perubahan yang ekstrem. Mak pun cakap, tahun neh sejuknya lain sikit. Kami yang ada dekat pantai timur neh memang da aware dengan musim tengkujuh, biasanya november dan disember, kalau pagi cerah matahari bersinar dengan girangnya merupakan satu rahmat yang besar. Kebiasaanya hujan tak henti-henti. Kami di sini alhamdulillah setakat ini tak pernah mengalami banjir. Kawasan rumah memang tinggi sikit dari kawasan lain. Kawasan ladang memang tiap tahun separuh dari pokok air naik. Tapi alhamdulillah, pokok kelapa sawit tak mati. If not, it will a great loss right?
Sejuk di malam hari di sini memang terasa ekstrem sejuknya. Macam pasang air-con plak rasenya. Kalau pagi tak payah cakap la betapa sejuknya air. Boleh menggigil kuasa tiga. Tapi apa-apa pun masih rasa bersyukur. Di uji dengan kesejukan daripada kepanasan adalah lebih baik.
Melihat perubahan cuaca dunia sememangnya mengundang takut di hati. Bumi makin tua. Semakin menghampiri satu tahap yang mana semuanya akan musnah. Sedang manusia dalam kelalaian, dan sekelip mata semuanya musnah.
Masa yang dulu berlari kini sudah pandai menaiki flight
Bertanya juga pada diri yang masih terapung terapung menyedut udara di lautan luas
Tidak terasakah diri akan perubahan langit
Yang sedulunyu kukuh menaungi bumi
Kini bagai hilang tegak binaannya
Jika diri kembali di panggil
Dalam keadaan masih terleka
Bagaimana mahu berdepan
Di kala hari pembalasan penentu segalanya
*Tarik nafas
*Think deeply
Comments
Post a Comment