Awan


Ini adalah dua benda yang saya sangat suka. Awan. Bila pergi jalan-jalan kat mana pon, benda yang bule buat saya interested nak amek gambar adalah awan. Kagum dengan ciptaan yang satu ini,yang mana bile nampak dari jauh, punye la banyak dan besar. Lebih-lebih lagi time hujan, nampak berat je nak bawak air. Tapi yang ajaibnye, awan yang berat tu masih terapung-apung dekat langit. Kalu ikut kuantiti air hujan yang turun memang nampak mustahil bole bawak terapung macam tu kan. Ajaibnya ciptaan Tuhan. Maha suci Allah.

Tengok je awan boleh rasa sangat tenang.Rasa mcam semua masalah hilang terapung macam tu saja. Dari rasa mood macam spoil terus pulih bila melihat keindahan alam. Lagi-lagi bila terbaring di padang rumput di waktu yang tak panas sangat. Rasa minda bebas kemana-mana seperti bergeraknya awan di langit.

Awan ada banyak jenis. Dulu time belajar geografi memang sangat minat bab ni. Sangat skor bila exam mengalahkan semua orang dalam kelas haha. Rugi rasa tak sambung degree dalam bidang yang kita minat. Namun takpelah, ada hikmah mungkin yang kita sendiri tak tahu.

Dalam banyak-banyak awan, awan yang paling suka ialah awan kolomunimbus. Awan yang putih dan sangat gemuk.Setakat tempat yang saya pergi, awan yang sangat cantik nak ditengok adalah masa atas puncak gunung dan di persisiran pantai. Rasa hilang dalam dunia sendiri melihat keindahan yang di papar di depan mata. Kalau dekat puncak gunung, rasa nak pijak je atas awan tu ^^

Apa yang pasti, melihat awan bule menginsafkan diri.Terkesima dengan hebatnya Kuasa pencipta awan itu :)




kedit : google


Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas