Motibasi hey! Jilid 1
Assalamualaikum dan Selamat pagi :)
Itu dia- Perlu juga difahami konteks menyembahKu seperti ;
okayla tuh :)
tunggu sambungan kedua bila penulis rajen ke udara hihi
stay tuned!
Semoga ceria-ceria di pagi ahad, dan semoga hari ini produktif hendaknya. hey! perlunye memotivasikan diri setiap hari kerana diri jika tak termotivasi anda akan menyanyikan lagu najwa latif dengan riangnye kosong,kosong,kosong ohh~
Bercakap tentang memotivasikan diri, saye pon senanye tak tahu nak motivatekan orang macam mane. ehey, rancangnye nak la jugak terbitkan satu entri bermotibasi neh hihi, tapi diri sendiri pon tak bermotibasi, guane tuh!
tapi tidak salah mencuba kan?
Sebelum saye membebel lebih panjang ke laut sane, moh la kitew review point-point ringkas yang boleh kite gune hari-hari.
1. Set the aim!
Benda yang kita nampak mudah, biasa dengar tapi saye tahu anda dan saye tak pernah buat. Dush, lempang diri sendiri. Pentingnya setting target dalam erti kata lain, ape benda yang anda nak achieve hari-hari. Bila ada target baru la nampak jalan kemana nak pergi. contohnya ;
saya nak makan aiskrim--aiskrim ade kat mana?
kedai--kedai kat mana?
depan rumah--macam mana nak pergi kedai?
jalan kaki-- Duit ada tak nak beli aiskrim?
Ada--
See!
bila kita ada matlamat nak makan aiskrim, semua jalan terbuka. Kita tahu nak pergi mana, bagaimana nak capai, apa yang perlu ada dan sebagainya. That why, meletakkan satu matlamat dalam hidup amatlah penting, sebab benda tu akan guide anda untuk lebih maju ke depan.
Then, ape matlamat anda?
Bravo, A good question!*gulp, hujan mengalir laju
letakkan satu matlamat dalam hidup anda. Matlamat yang paling utama. Matlamat mengapa anda ini diciptakan. Ada faham, adek manes hihi
tak faham?
*belek-belek*
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.(az-Zariyat: 56)"
Dan (Aku perintahkan): hendaklah kamu menyembahKu; inilah jalan yang lurus. (ya sin:60-61)
Islam itu syumul. Datangnya secara menyeluruh.Konteks Ibadah kepada Allah SWT tidak terhad kepada hanya duduk ditikar sajadah dan bersolat, dzikir, dan tasbih.Tapi ianya merangkumi setiap aspek kehidupan. Segala yang dilakukan, dengan niat kerana Allah SWT dan mengikuti dan menepati sunnah Rasulullah SAW, maka ianya dikira ibadah. Bersusah payah untuk kehidupan diri dan keluarga itu juga ibadah .Kerana pekerjaan itu mengajar kita berusaha, sabar, memberi dan berkorban. Semua itu merupakan perbuatan yang baik yang kalau diniatkan kerana Allah SWT, ikhlas dengan sebenar-benar ikhlas, maka ia dianggap ibadah.Nah, mudahkan Islam itu.Allah SWT tidak perlu menampakkan dirinya sekarang, kerana dia telah berjanji akan menampakkan diri-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman di dalam syurga-Nya nanti. Maka, saat kita di dunia ini, kerja kita hanya perlu yakin dengan janji-Nya dan berusaha bersungguh-sungguh (Mohamad Said)terasa bermotibasi? sedikit? heh!
okayla tuh :)
tunggu sambungan kedua bila penulis rajen ke udara hihi
stay tuned!
Comments
Post a Comment