Ada yang masih sayang
Orang
kata hidup ini tak selalunya indah. Ye ke? Iya lah. Ada masa kita gembira dan
tak kurangnya ada masa kita sedih. Segalanya-galanya perlu di tempuhi dengan
hati yang terbuka. Bukan calang-calang orang dapat hidup di dunia ini. Semuanya
yang ada, semuanya terpilih. Ruginya pada sesiapa yang tak pernah merasa betapa
indahnya hidup ini.
Pernah
tak rasa gembira sangat melihat panorama matahari terbenam? Pernah tak rasa
puas sangat bila berjaya menggapai satu impian? Pernah tak rasa air mata
mengalir di waktu tertimpa musibah yang mendatang? Pernah tak terasa marah pada
diri sendiri? Pernah tak rasa kecewa dengan diri sendiri bila tak dapat perform dengan bagus?
Jika
jawapan anda pernah, saya mengucapkan tahniah kerana anda masih ada sifat
manusia yang sememannya lemah. Kita ini lemah kawan-kawan, lemah sangat-sangat.
Kita hanya mampu jadi kuat bila segala pergantungan kita hanya kepada Allah
S.W.T. tak percaya ye? Cuba try ? dan
cuba alami sendiri bagaimana rasanya bila segala rintihan kita didengari
olehNya dan dipermudahkan kita dalam segala urusan.
Allah
bagi ujian dekat kita sebab Dia sangat sayangkan kita. Dia tak mahu kita lalai
apatah lagi jauh dariNya. Jadi cakap pada diri, “ Allah sayangkan saya ! Sebab dia
sayang saya dia bagi ujian untuk kuatkan saya”. Semoga dengan itu, hati-hati
yang kering tandus kemarau, dilimpahi dengan ketenangan dalam menerajui
kehidupan.
Bila
berbicara mengenai ujian, sedarkah kita kadangkala bahagia, nikmat yang kita
perolehi sebenarnya merupakann satu ujian. Iyalah, nak tengok sama anda-anda
atau saya sendiri bersyukur dan ingat tak Alah bila senang. Malulah kita, time kita susah je baru la nak ingat
Allah, time senang ?
Semoga
diredhai ya Allah kehidupan anda-anda dan juga saya. Moga kita terus kuat
dengan pertolongan dariNya. Moga hati terus sabar dengan segala apa yang
berlaku. Semoga menjadi anak yang soleh dan solehah dan semoga hidup kita
diberkati selalu.
Comments
Post a Comment