lalala~

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
1 rejab dikala usia 22 tahun 6 bulan ++

Assalamualaikum W.B.T

buat sekian lama, tidak mengupdate ape ape berita, kini menjengah lagi tuan blog ini pada tanggal 1 rejab. seperti tidak tahu mengatakan apa-apa  dikala kegersangan ilham sejak dua menjak ini begitu menjadi-jadi. idea juga seperti malu-malu kucing yg sedang menghendap tikus mencari rezeki.

lately, tiada ape-ape cerita yang boleh menjadi topik hangat di dada akhbar. yang ada hanya mampu diluah dalam diari hati, bermonolog sendirian sekian lama merenung segala hal yang berlaku. tiada apa yang mampu diperkatakan, hanya merasa syukur hari ke hari kerana masih diberi peluang untuk menghirup oksigen di waktu pagi. masih diberi peluang untuk mendengar suara-suara kecil yg bertikam lidah di kala setiap pagi menjelma. satu nikmat yang tidak dapat di jual beli meskipun segunung emas kau sajikan.

merenung menghadap skrin laptop. lama. sungguh! kebuntuan untuk menulis di arena blog ini, namun seperti tidak sedar, patah demi patah terus tertaip. 

p/s : entry separuh. tiada lagi kata kata mampu aku lontarkan bila mana semuanya beku untuk diperkatakan.


Comments

Popular posts from this blog

bahagia

Untitled

Lapanbelas