cinta saya


Cinta saya,
sederhana.
Tidak pergi ke tahap malaikat,
tidak pergi ke paras syaitan durjana.

Saya, manusia.
Cinta saya, sesuai dengan keadaannya.
Yang haram saya cakap haram,
tetapi mana yang boleh, saya tunjukkan jalannya.

Saya percaya,
agama ini diturunkan kepada pundak manusia.
Bukan pada malaikat yang saban waktu sujud kepadaNya.
Kerana itu Utusan-utusanNya adalah manusia,
dan bukan para malaikat di langit sana.

Cinta saya,
sederhana.
Tidak terlalu jumud sampai kelihatan ekslusif,
hingga sukar diikuti,
Tidak terlalu bebas sampai kelihatan murah,
hingga boleh dipermainkan jahiliyyah.

Sederhana itu mahal,
maka cinta saya mahal,
dan manusia boleh ambil untuk cuba amal,
dalam keadaan menjadi hambaNya dalam kekal.

 

Comments

Popular posts from this blog

hihi

2021