Posts

Showing posts from October, 2014

10.

Image
Aku sangka aku berlari Rupanya aku tak bergerak seinci Dan aku rasa tidak bererti Bila semua ini pergi

The middle person

Image
Kalau tak mampu jadi pendamai Jangan pula jadi penghasut Nasihat di beri biarlah berpada Kalau tak nanti ada karang yang makan tapak kasut :v Dalam dunia ni banyak spesies manusia Dijadikan kita tempat rujukan Disalahkan kita bila keadaan seperti tidak diharapkan Sebab tu Perlu kita tegaskan Kita hanya bagi nasihat setakat apa yang nampak Yang menentukan keputusan adalah diri sendiri Kalau tak mampu nak baikkan situasi Baik diam Dari merosakkan fikiran manusia Yang dah tak nampak jalan Akhirnya kita juga yang dipersalahkan Last but not least If something goes wrong Showed a courage to face it Instead of blaming the others Okay!

Monologue

Image
*fill in - form AGAMA : ISLAM Bertanya Apa agama awak? Tak nampak ke? Mata tak de? Cuba baca. Islam kan. Awak menutup aurat? Awak solat? Awak berpuasa? Awak ada bayar zakat? Pernah pergi haji? Nangis

9.

Image
Diuji dengan ujian bermaksud Diri mampu Menggalas semua bebanan Di beri cabaran bermaksud Tanda sayangNya Dia pada kita Lihat Bukan dengan mata kasar Tapi dengan mata hati

8.

Image
Hey yang sedang pandang itu Bulatkan mata Segitigakan hidung Petakkan mulut Senyumlah

7.

Image
Jangan sekali kali Kau bilang aku tak berusaha Kira dengan jari Lihat dengan hati Aku lari,terbang, selam Selama mana Mungkin sudah sampai masa Untuk aku faham erti Pecut kuasa tiga

6.

Image
Tidak tahu mengapa terjadi Tidak tahu kenapa begini Jika diam masih tak difahami Apa maknanya menunggu lagi Carilah jalan pulang kembali Pada diri yang sudah mati Jika itu sudah terpatri Redhalah diri ketetapan ilahi

5.

Image
Mimpi itu amat menakutkan Seolah dunia ini Tiba penhujungnya Memanggil semua pulang Masih berlegar di kotak memori Memaksa akal untuk berfikir Oh Tuhan Bagaimanakah aku Tika bertemu denganMu nanti

4.

Image
Telah aku warnakan Kanvas putih itu Dengan palitan warna Yang aku suka Ya Aku suka :)

3.

Image
Tuhan aku tidak layak Untuk meraih cintaMu Apatah lagi cinta makhlukMu Namun Tidak putus aku merayu Untuk merasai Erti 'hidup'

2.

Image
Dia Adalah insan yang terakhir Tidak mahu aku bebankan Dengan hiruk pikuk jeritan dunia aku Yang mungkin tidak kelihatan oleh sesiapa Aku hanya mahu Senyuman diwajahnya Gembira rasa dihatinya Tanpa risau akan aku Kerana aku bahagia begitu

1.

Image
Mungkin sebab kau letak bahagia Di tangan makhluk lain Dan akhirnya Bila kau sendiri Tanpa ada apa apa Kau rasa semuanya HILANG

Depression

Image